Friday, April 30, 2010

BUNUH! SENANGNYA BERCAKAP

Tok Guru diugut Bunuh oleh Pemuda UMNO!

Posted on Friday, April 30 @ 18:58:40 PDT by paktam

Hari ini [sabtu / 1 Mei] jam 12.30 tengahari , Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat satu report polis [ di Balai Polis Jalan Chow Kit ] terhadap satu ugutan bunuh ke atas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS oleh Mohd Safuan Hilmi yang mengaku sebagai anggota pemuda UMNO .

Dewan Pemuda PAS Pusat [DPPP] mengesa pihak Polis menyiasat ugutan bunuh tersebut yang disiarkan dalam laman sosial facebook .



Mohd Safuan Hilmi, 24 bekas pelajar UiTM yang mengaku sebagai ahli pemuda Umno membuat ugutan itu dengan berkata "aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz".

4. Sama ada beliau mempunyai niat untuk melakukan jenayah itu atau tidak pihak Polis perlu menyiasat dan jika benar ia adalah anggota pemuda Umno maka ia sangatlah dikesali kerana terdapat anggotanya yang samseng dan sanggup melakukan ugutan jenayah sebegini.

5. DPPP menyeru Pemuda PAS disemua negeri turut membuat laporan Polis bagi memastikan percubaan untuk melakukan jenayah ini dapat dihalang dan kita sesekali tidak akan membiarkan peristiwa lama berulang kembali.

6. Dalam lipatan sejarah :

a] Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

b] 8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

c] 18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib syahid.

7. Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.

8. Jenayah yang dilakukan ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian Umno Tampin.

9. Dewan Pemuda PAS Pusat melihat Umno seperti mendatangkan ancaman kerana sentiasa melahirkan penjenayah dan samseng yang suka mengugut dan menindas rakyat hatta sanggup menggunakan kekerasan seperti membunuh .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pemuda ini disiasat dan didakwa di Mahkamah atas tindakan yang menimbulkan ancaman keselamatan kepada pemimpin PAS malah sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan . Andai benar ia adalah anggota pemuda UMNO sebagaimana yang didakwa , Pemimpin Umno khasnya dituntut agar memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh anggota PAS serta rakyat yang kasihkan pemimpin bertaraf ulama' ini .

Oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
http://episodeperjuangan.blogspot.com

KAH KAH KAH KAH KAH SERONOKNYA AKU

Habuan Kepada Yang Berjasa!

Posted on Thursday, April 29 @ 17:15:15 PDT by paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar

Baru ini Najib Razak telah menyampaikan replika cek sebanyak RM3 juta kepada sekolah Cina di Rasa. Hulu Selangor. Penyampaian itu dibuat di Putrajaya. Pemberian wang itu sebagai melunasi janji beliau semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor untuk membantu sekolah Cina di situ.

Sebelum ini belum sampai 48 jam diistyharkan menang, Kamalanthan telah menyampaikan cek RM1,000 kepada 30 bekas peneroka Felda Sungai Buaya yang tidak sempat menerimanya semasa kempen baru lalu.



Juga sebagai melunasi janji pilihan raya. Semasa kempen Najib berjanji akan memberi pampasan kepada bekas peneroka itu sebanyak RM50,000 tiap seorang. RM1,000 diberikan sebagai deposit. Yang lebihnya akan diberikan dalam bentuk bank deraf. (Diharap baki itu akan diterima peneroka dalam masa terdekat dan bukan ‘gombalan’ saja!).

Pelunasan hutang janji pilihan raya itu menunjukkan Najib bukan pembohong. Janjinya adalah janji berisi. Tentulah rakyat gembira dengan apa yang dilakukan itu. Rakyat tidak akan peduli apakah pemberian dan janji itu meyalahi peraturan atau tidak, yang penting mereka mendapat habuan. Rakyat hendak makan dan nak rasa, bukan rakyat nak dengar cerita. Rakyat tidak suka tenggelam dalam retorik.

Sekiranya Najib terus mengamalkan sikap sebegini ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, terutmanya orang Melayu yang mudah cair bila diberikan seringgit dua. Tetapi tidak dengan masyarakat Cina yang ambil tetapi akan mengigit jari orang yang memberi! Tak salah, kerana itulah politik! Sejak dulu lagi saya melihat politik orang Cina bijak tak macam politik orang Melayu. Apa yang berlaku mereka akan untung. Umpama naik perahu karam di depan mereka menyelam karam di belakang mereka berenang!

Berbicara bak melunasi janji atau memberi habuan ini, bukan saja rakyat di Hulu Selangor mendapat nikmat dan tuah dari Najib. Tetapi beberapa individu lain juga turut sama menerima habuah dan bahagian masing-masing. Najib kini sedang melunasi janji dan memberi penghormatan orang yang menyokongnya tanpa sangat mengira jasa mereka kepada nusa dan bangsa.

Apakah habuan itu kerana janji atas sesuatu yang dilakukan oleh individu ini atau individu ini yang menagihnya sebagai gaji atau upah, tak kisah. Yang penting selepas berlalu pilihan raya kecil Hulu Selangor Najib kini menyampai hadiah dan imbuhan.

Antara mereka yang mendapat ‘penghargaan’ dari Najib ialah Presiden Mubarak, Abu Zahar Ujang, yang dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara, Timbalan Presiden MIC, Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor yang dilantik menjadi senator bersama dua yang lain.

Selalunya mereka yang dilantik menjadi senator adalah mereka yang cemerlang dari berbagai bidang profesional. Seorang tokoh yang berpengalaman dan ada kebolehan. Apakah keistimewaan orang-orang ini dilantik menjadi senator. Apakah ia bermeritkan kepada ketokohan mereka ataupun kerana apa?

Saya tidak mahu merendahkan mereka. Kesemuanya ada kelebihan dan kehebatan masing-masing. Tetapi jika hendak dilihat bukan saja mereka berempat atau bertiga yang hebat, tetapi masih banyak dalam Umno dan setia dengan Umno juga layak untuk menjadi ahli senet.

Malahan mereka yang lain lebih lama dan besar jasa mereka. Tetapi kenapa mereka?
Inilah yang menjadi pertanyaan atas dasar dan merit apa mereka dipilih? Penyegeraan perlantikan mereka ini juga menyebabkan ada tuduhan mereka telah berjasa besar kepada Najib dan bukan kepada negara, bangsa dan agama.

Perlantikan senetor adalah kuasa mutlak Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Beliau bebas untuk melantik sesiapa saja dan dari bidang apa saja. Perlantikan itu tidak boleh dipertikaikan, kerana itu kuasa prerogatif Najib sebagai PM. Tetapi begitu pun ia tentu ada meritnya.

Siapa dia Abu Zahar Ujang? Dan apakah jasa besar beliau kepada negara dan Najib dalam konteks ini? Sudah pasti ada sesuatu yang istimewa buat Najib untuk melantik Najib.

Saya akan mendedahkan satu perisitwa yang berlaku dua tahu lalu menjelang saat permilihan kepimpinan dalam Umno. Satu pertemuan di KLCC di pejabat Dr Mahathir Mohamad telah diadakan. Dalam pertemuan ini hadir beberapa bekas pemimpin Umno yang skeptikal dengan Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Pertemuan itu membincangkan mengenai cara untuk menjatuhkan Abdullah. Ia diadakan selepas Najib yang kelihatan penakut untuk mencabar kedudukan Abdullah sebagai perdana menteri. Perjumpaan itu telah mengambil konsensus untuk meregukan Tengku Razaleigh Hamzah untuk melawan rejim lemah Abdullah Ahmad Badawi. Tengku Razaliegh akan bertanding merebuat jawatan presiden manakala Muhyiddin, sebagai Timbalan Presiden.

Katanya, Abu Zahar mengetahui konsesus ini telah memaklumkan kepada Najib. Makluamt itu menyebabkan Najib gelabah dan tergesa-gesa memanggil ahli keluarganya dan juga penyokong setianya bagi membincang konsesnus itu. Selepas mendapat maklumat itu kata Najib telah mengubah sikap bersedia untuk mencabar Abdullah Badawi.

Walhasilnya apabila Najib menggerakkan jentera perang sarafnya akhirnya menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi terpaksa membuat pengumuman berundur. Dengan itu juga konsesus untuk meregukan Tengku Razaleigh dengan Muhyiddin tidak menjadi.

Apakah kerana jasa itu maka Abu Zahar diberi penghormatan dengan melantiknya menjadi Yang Dipertua Dewan Negara? Kalau benar ini bermakna pemilihan Abu Zahar bukan kerana jasa dan kecemerlangannya sebagai seorang tokoh politik tetapi kecemerlangannya kerana telah menyelamatkan Najib Razak dari ditentang oleh Muhyiddin dan Tengku Razaleigh.

Bagaimana pula dengan perlantikan Ezam Mohd Noor? Apakah Ezam telah memberi jasa dan bantuan besar kepada Najib atau lebih besar dari Abu Zahar? Saya rasa tidak payah saya ulas panjang mengenai perlantikan Ezam ini. Ezam bukan saja pantas menjadi ahli parlimen atau ahli dewan negara, tetapi jauh dari itu. Bagi saya Ezam seorang yang mempunyai telent untuk jadi pemimpin di masa depan. Ia terserlah sejak menjadi pemimpin muda Keadilan lagi.

Apabila beliau keluar Keadilan dan menyertai Umno, beliau tidak habis-habis menyerang bekas bosnya. Ezam tidak sangat mengkritik dasar parti PKR yang disertainya, tetapi beliau membelasah Anwar Ibrahim. Di samping belasah Anwar beliau memuji Najib sebagai seorang yang bijak. Hanya dengan menggunakan kredik yang dibuat Anwar kononnya mengatakan Najib sebagai seorang bijak, Ezam menjadikan modal untuk memuji Najib.

Itulah jasa Ezam yang saya lihat sehingga beliau diangkat menjadi senator. Ertinya jasa dan kelebihan Ezam bukan pada yang lain tetapi pandai memuji dan mengkosmetikkan imej Najib. Ia ditambah dengan kritikan tidak henti-henti terhadap bekas bosnya. Mungkin atas ketrampilan itulah maka Ezam dikira Najib wajar berada di senat untuk terus mengguilap Najib sebagai seorang perdana menteri yang bijak. Kalau itulah dasar pemilihan Ezam ini bermakna Ezam akan menambahkan satu lagi rubber stam di dewan negara.

Pada saya, baik kepada Abu Zahar Ujang atau Ezam Mohd Noor, perlantikan mereka oleh perdana menteri adalah tepat. Stail politik negara ini, seseorang itu akan dikatakan hebat dan cemerlang seseorang mampu menggilap seseorang yang menjadi ketuanya. Dan ketuanya pula akan menjadi cerah mata untuk melihat orang-orang yang boleh menjaga maruah dirinya, kepentingan peribadinya, walaupun seseorang jasanya kepada agama dan negara masih belum sampai secupak.

Jadi kepada mana-mana orang dan individu yang ingin menjadi senator atau menteri, jangan tumpukan sangat berbuat jasa kepada agama dan negara, ia tidak akan dinilai untuk diangkat menjadi anggota senat, sebaliknya berlumbalah untuk berjasa kepada perdana dan membina kilang ampu yang besar dan lebih canggih. Sesiapa yang dapat menaikan imej perdana menteri ataupun menyelamatkan perdana menteri dari ditimpa musibah, mereka akan dinilai dan akan diberi habuah berupa pangkat dan jawatan serta merta

UMNO APCO APCO UMNO UMCO APNO

Umno cuba heret istana untuk runtuhkan kerajaan PR

Posted on Thursday, April 29 @ 17:40:52 PDT by paktam

Oleh Anak Sengat

Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.

Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung) .



Keadaan itu tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh Umno terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti Umno -Harusani Zakaria.

Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak).

TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid.

Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala Umno yang mewarisi sekular menolak politik Islam.

TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian.

Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah pilitik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan.

Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor.

Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi Umno menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana.

PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana.

Sasaran kerja Umno adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru.... Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya.

Sunday, April 25, 2010

MELAYUKAH MEREKA?

Sunday, April 25, 2010

Update 9.30 pm - Undi besar warga Felda menangkan BN ?

Update 9.30pm Macam gampang result PRK Hulu Selangor malam ni..!! Foto hiasan di sebelah. Salah seorang penyokong BN di Felda.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Terdahulu [8.20pm]
Undi dari warga FELDA yang memihak kepada BN kini memberikan majoriti BESAR kepada BN mendahului PR dengan jumlah melebihi 2700 undi. Berasaskan kepada ruang majoriti yang besar memihak kepada BN, kita optimis memabayangkan bahawa ini adalah kali pertama mungkin Pakatan Rakyat KALAH di negeri yangg dikuasai. Laporan rasmi yang diterima pada jam 8.20pm tadi juga memberitahu, ramai pemimpin2 tertinggi Umno sudah mula bergerak ke Pusat Pengiraan Undi.

Update 8.58pm
PR kalah teruk di 3 FELDA Hulu Selangor. Paparan Terkini rujuk Carta di sebelah kanan. PKR KALAH...di Hulu Selangor.

Update 9.12pm
Pakatan Rakyat KALAH. Sebahagian blogger sudah mula dilihat menutup laptop, dan keluar sedut asap menenangkan akal fikiran.

sketsa [1]
[..] Buat rakyat Malaysia, sini gua nak bagi paham. Sekolah dan Jalanraya bawah kuasa Kerajaan Pusat. Felda jugak dibawah pusat dan yang jaga adalah bekas menteri bernama Yusof Nor. So kalau nak tuding jaring yang bau taik tu ke PKR anda adalah bangang sebangang-bangangnya. Dalil pembangunan ada 2 kategori. Jangan jadi bodoh macam menteri BN.

Air telah diswastakan semasa pemerintahan BN. Sebelum ni JBA adalah bawah pusat. Alasan tukar agar lebih efisien kerja dan pentadbiran. Maknanya BN memang sejak dulu lagi dah mangkok. Dan bila Kerajaan PR yang dapat rampas Selangor memfreekan air pada kegunaan bawah 20 meter padu dan BN naik gila maka sendiri boleh cermin muka dan ketuk sikit kepala otak agar boleh berfikir sapa yang benar dan salah.

Marah bila India dan China dari DAP dan PKR menang tapi bersorak pulak bila kaum tu menang guna tiket Barisan Nasional. Alasan tahap tadika yang di beria adalah ketuanan Melayu dalam bahaya. Rasa nak bagi penerajang padu kat perut sapa yang cakap macam tu.

Yang potong peruntukan untuk agama adakah dari DAP dan PKR? Guru KAFA yang sejak dulu macam tu jugak adakah salah PKR? Peruntukan masjid dan zakat buat main adakah salah DAP jugak? DAP yang berkaum Cina dan India dia nak jaga kaumnya dia punya pasallah. Sepatutnya Melayu yang ramai-ramai dalam Parlimen dan DUN tu buat perkara yang sama. Berlumba-lumba!!!!!! Maka rakyat akan senang sebab itu pun fungsi wakil rakyat bukannya wakil keluarga dan anak-pinak.

Bukan susah nak pikir. Yang beragama Islam, kecoh 2,3 minggu ni isu APCO. UMNO tak nafi dan tak jawab tuduhan dari PR tentang Yahudi laknatullah jadi penasihat kepada negara yang mengaku kononnya negara Islam. Tapi tuduh PR politikkan isu. WTF!!!!!! So, yang bangang sokong puak tu pasal apa? Jahat kah DAP dan PKR sampai UMNO tetap suci walaupun guna Yahudi yang siang malam balun rakyat Palestine? Jahatkah DAP dan PKR bila rakyat Palestine kebuluran angkara kaum yang kini kita bayar juta-juta just untuk nasihat? Bangang sangatkah sampai mahu pakai Yahudi laknatullah itu yang sejarah merakamkan mereka dah bunuh hampir 300 atau lebih utusan Allah/Nabi!!!!

Apalah sangat RM1000 kalau nak banding muntahan peluru mesingan yang merobek perut ibu mengandung yang beragama ISLAM!! (sumber-hantusabun)

Saturday, April 24, 2010

DULU, KINI DAN SELAMANYA

Nyanyok Mahathir Terserlah Di Hulu Selangor

Posted on Thursday, April 22 @ 20:52:06 PDT by Paktam

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA parti pimpinan Najib diserang di setiap penjuru terutamanya berkaitan APCO dan juga isu moral, tergerak pula hati mantan PM Tun Mahathir ingin menyelamatkan maruah Bn di Hulu Selangor. Pada mulanya beliau menyatakan tidak akan berkempen di Hulu Selangor, tetapi cakap-cakap Mahathir semenjak dari dahulu tidak boleh dipercayai. Sifat pembohong sudah sebati bagi pemimpin di dalam Umno terutamanya termasuklah Najib, Muhyiddin serta calon dari parti sekutu mereka iaitu MIC itu sendiri. Bukankah salah satu sifat Yahudi itu adalah pembohong dan putar belit? Dan, bukankah APCO itu penasihat kerajaan sekarang? Jadi tidak pelik jika kesemua mereka itu kaki pembohong dan putar belit.


Mahathir yang suatu ketika pernah digelar `Mahafiraun' dan `Mahazalim' sewaktu di era reformasi kini sudah tua tetapi perangainya tetap sama. Bezanya, jika dahulu sifat pembohong dan putar belitnya sukar dibaca, tetapi oleh kerana telah dimakan usia maka apa sahaja yang beliau perkatakan tidak sedikitpun menampakkan Mahathir itu pemimpin yang cerdik. Mungkin bak kata orang secerdik mana sekali pun tetapi bila sudah nyanyuk terserlahlah kebodohan. Saya ingin mengulas sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir seperti yang dilaporkan di sini.

Beliau menyebut calon dari PKR Dato' Zaid boleh diumpamakan seperti katak kerana dahulunya dari Umno. Kini Dato' Zaid berjuang di dalam parti PKR dan dijadikan sebagai calon di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor pada 25hb ini nanti. Mahathir mungkin lupa bahawa beliau juga pernah keluar dari Umno sebelum ini. Keluar dari lubuk Umno, masuk kembali ke lubuk yang sama. Ini bermakna Mahathir adalah sejenis katak juga tetapi `katak selubuk'. Mungkin kerana nyanyoknya beliau, maka dia lupa bahawa dia juga adalah spesis katak yang lebih teruk dan dhaif kerana masih ingin memasuki lubuk yang sama yang pernah didiaminya walaupun diketahui bahawa lubuk tersebut teramatlah busuknya. Manakala Dato' Zaid tinggalkan lubuk yang busuk, jijik dan hanyir itu dan mencari tempat lain yang lebih baik, indah dan jauh dari pencemaran. Siapa lebih hina, Mahathir atau Dato' Zaid?

Mahathir merasa pelik kenapa Dato' Zaid mempunyai kuda lumba tetapi tidak berjudi? Ini menunjukkan bahawa Mahathir beranggapan sesiapa yang mempunyai kuda lumba mestilah berjudi. Mungkin juga anak beliau yang terlibat di dalam Litar F1 Sepang perlumbaan kereta lumba itu juga lagi kuat judinya? Saya rasa Tuanku Mirzan juga mempunyai kuda lumba, apakah mahu kita guna pakai tafsiran bodoh Mahathir itu? Jika Mahathir beranggapan bahawa anaknya di Litar Sepang itu terlibat di dalam perjudian secara langsung atau tidak langsung, jangan pula anggap orang lain pun sama dengan anaknya.

Sebelum ini Mahathir juga memberi komen terhadap serangan peribadi terhadap calon. Itu biasa, katanya. Sebab itulah juga Mahathir turut memainkan isu peribadi Dato' Zaid dengan menyindirnya dalam isu mabuk.

Paling melucukan, Mahathir berkata beliau tidak mahu orang tahu bahawa beliau akan berkempen di Hulu Selangor. Sebab itulah kununnya sebelum ini beliau berkata beliau tidak akan turun berkempen. Apakah beliau merasa perasan atau syok sendiri seolah-olah PR takut sangat dengan kehadirannya di Hulu Selangor? Pembangkang bahkan rakyat sudah tidak hairan lagi dengan Mahathir kerana beliaulah punca segala masalah politik di negara ini. Beliau jugalah punca perpecahan orang-orang Melayu bahkan beliau juga adalah punca di mana suatu ketika kedaulatan raja Melayu dipermainkan.

Tiada siapa yang lupa segala dosa-dosa Mahathir. Oleh itu, kehadiran Mahathir sedikit pun tidak memberi kesan kerana cakap orang yang telah nyanyuk hanya layak dijadikan bahan ketawa beramai-ramai./wfauzdin.bogspot.com

SERONOKNYA MENJADI KATAK

Tuduhan rasuah: Dua bekas exco dibebaskan
Apr 23, 10 12:43pm
Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.

NONEMohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

16 tuduhan rasuah

Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar

Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.

Zul jugNONEa didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Thursday, April 22, 2010

NAK SELAMAT MASUK UMNO

Selain UMNO adalah paria?
Posted on Wednesday, April 21 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Analisis Isu Oleh Ust. Saiful Bahri

Munasabahlah Allah SWT memerintahkan kita mengulang-ulang 17 kali sehari semalam membaca surah al-fatihah dalam solat kita. Supaya ketika tidak terjebak dengan perangai dan tingkah-laku Yahudi dan Nasara. Agar tidak terjebak kedalam lubang biawak mereka.

Orang Yahudi menganggap bangsa mereka adalah bangsa terpilih. Mereka merupakan anak dan keturuanan terpilih. Mereka adalah kekasih-kekasih Allah. Selain mereka adalah Goyem (lembu) semata. Kejahatan dan kezaliman adalah haram jika dilakukan terhadap sesame mereka tetapi halal jika dilakukan selain mereka. Lihatlah umat Islam Palestine, mereka boleh melakukan apa sahaja kerana bagi mereka ianya bukan dosa. Ianya dosa atau jenayah jika orang lain melakukan keatas mereka.

Amalan inilah kini dipraktikkan oleh UMNO-BN. Ianya adalah amanah jika segala peruntukan, projek, subsidi dibahagikan dikalangan mereka dan kroni mereka. Apabila mereka adalah pembangkang, mereka dinafikan hak ketika pengagihan. Itu tidak zalim. Tiada istilah diskriminasi buat mereka. Tetapi ketika mengutip cukai semua orang dikenakan tanpa pengecualian. Itu adalah keadilan.

Begitu jugalah tentang rasuah. Jika sekiranya sipelaku itu UMNO, apatah lagi pemimpin maka itu bukanlah dosa. Ia hanyalah politik wang meskipun ia melibatkan berjuta-juta. SPR membisu seribu bahasa. Selain UMNO-BN nescaya ia adalah rasuah meskipun hanya beratus ringgit. Berlari-lari anak-ayam SPR menghambat dan membuka fail siasatan. Kalau orang lain dinakan tindakan Sex harassment tetapi kerana ia bernama UMNO ia dilantik menjadi Duta. Lim Guan Eng pernah dipenjara kerana membela anak gadis melayu yang diperkosa tetapi sipelaku dibebaskan sahaja. Tidak lain kerana beliau adalah UMNO. Kalau perbuatan dikatakan menghina Sultan, jika selain UMNO-BN nescaya mereka akan dibicarakan, disaman, dipenjara, diISA bahkan dipenjara serta dibunuh dengan alasan dibawah akta menentang Yang Dipertuan Agong tetapi jika ia seorang UMNO-BN nescaya dibebaskan tanpa bicara maupun diambil tindakan meskipun Yang Dipetuan Agong dicaci, dimaki dengan mengelarnya ‘menatang’ sekalipun.

Undang-undang pun hanya terpakai kepada rakyat marhaen. Bagi ahli UMNO dan pimpinan mereka, mereka mengatasi undang-undang. Ia sama seperti undang-undang sarang labah-labah. Ia hanya berkesan terhadap nyamuk dan binatang kecil tetapi jika burung dan kelalawar yang merempuh, habis carik sarangnya dan labah-labah entah lari kemana. “Correct.. correct… Correct.. correct”. UMNO kini menjadi parti berkasta Barhmin. Selain mereka bab umpama paria sahaja. Dr Mahathir sendiri pernah mengalaminya. Ketika dia UMNO dan menjadi pemimpin teratas, semua kata dan arahannya adalah emas. Ia dipuja dan tangannya dicium. Apabila ia keluar dari UMNO ia di cerca dan dihina. Mungkin tidak tahan menjadi kasta bawahan, Mahadhir terpakas kembali ke kasta Brahmin semula.

Dosa Zaid hanya kerana ia sudah keluar dari UMNO dan menjadi Pakatan Rakyat, maka semua itu adalah noda dan dosa. Menjadi haprak dan paria. Jika sekiranya ia masih lagi seorang UMNO-BN nescaya ia masih lagi seorang mulia, sebagai anak melayu contoh.

Kalau beginilah senario yang berlaku, nescaya apa bezanya dengan sikap yang ditunjukkkan oleh orang Yahudi terhadap Abdullah bin Salam yang memeluk agama Islam. Terus bertukar sikap dan pandangan mereka yang selama ini dipuji-puji tetapi bertukar serta-merta menjadi celaan dan makian.

Hadis Bukhari itu menyebut tentang satu hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa beliau berkata: adaalah Abdullah bin Salam telah menemui Rasulullah Saw dan bertanyakan beberapa soalan. Apabila Baginda menjawab, Abdullah mengakui kebenaran dan memeluk agama Islam sebagaimana Hadis:-


قَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْيَهُودَ قَوْمٌ بُهُتٌ إِنْ عَلِمُوا بِإِسْلَامِي قَبْلَ أَنْ تَسْأَلَهُمْ بَهَتُونِي عِنْدَكَ فَجَاءَتْ الْيَهُودُ وَدَخَلَ عَبْدُ اللَّهِ الْبَيْتَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ رَجُلٍ فِيكُمْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ قَالُوا أَعْلَمُنَا وَابْنُ أَعْلَمِنَا وَأَخْبَرُنَا وَابْنُ أَخْيَرِنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفَرَأَيْتُمْ إِنْ أَسْلَمَ عَبْدُ اللَّهِ قَالُوا أَعَاذَهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ فَخَرَجَ عَبْدُ اللَّهِ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَقَالُوا شَرُّنَا وَابْنُ شَرِّنَا وَوَقَعُوا فِيهِ

Berkata Abdullah: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Rasul Allah kemudian beliau berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya Yahudi merupakan satu kaum yang menuduh fitnah bohong jika mereka mengetahui tentang keislamanku. Sebelum Engkau bertanya kepada mereka, maka pasti membohongku disisimu. Seketika datang orang Yahudi dan Abdullah bin Salam masuk kedalam rumah. Maka sabda Rasullah Saw: Siapakah lelaki Abdullah bin Salam dikalangan kamu? Para Yahudi menjawab: Orang yang paling alim dikalangan kami dari keturunan yang berilmu dan paling pakar tentang agama kami. Sabda Rasulullah Saw: Apa pandangan kamu jika Abdullah bin Salam memeluk agama Islam. Mereka berkata: Aku minta berlindung daripada Allah dari berlakunya. Kemudian Abdullah bin Salam keluar kepada mereka dan berkata: Aku menaik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Mereka berkata: Orang yang paling jahat dikalangan kami dan berketurunan jahat dan mereka mencelanya.

Ingatkan perangai Yahudi yang dinukilkan oleh Rasulullah Saw ini hanya berlaku dalam lipatan sejarah. Tetapi mukjizat baginda ia mendedahkan bahawa peristiwa ini berterusan sehingga ke hari kiamat, apatah lagi kini APCOlah yang mendidik dan mentarbiyyah mereka apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak layak dilakukan.

PULAK DAH! APA DAH JADI

Pemimpin Umno masuk PAS di N.Sembilan
Posted on Thursday, April 22 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Berita Oleh: amkns

"JELEBU, 21 APRIL - Dua orang pemimpin Umno bersama-sama 10 orang lagi meninggalkan Umno dan menyertai PAS di sini tengahari tadi. Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Gelang, Mohd Nazri Ismail dan Ketua Wanita Umno dari cawangan yang sama, Rohani Aziz mengetuai penghijrahan bersejarah itu.

Mohd Nazri berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang menyerang peribadi calon PKR di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Dato' Zaid Ibrahim dengan mengaibkan beliau secara terbuka. " Mengaibkan seseorang itu dengan mengungkit kisah lampau bukanlah ajaran Islam sebenar. " Beliau telah pun berubah setelah menyertai Pakatan Rakyat, kenapa harus mengungkit kisah silam beliau dan mengaibkan sedemikan rupa", kesal Mohd Nazri.

Menurut Mohd Nazri Umno sudah menyimpang dari dasar perjuangan yang sebenar apabila hanya mementingkan kuasa dan materialistik tetapi langsung tidak memikirkan masalah rakyat yang semakin hari semakin genting. " Atas sebab itu saya bersama-sama dengan Rohani dan rakan-rakan di dalam Umno mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan menyertai PAS kerana kepimpinan PAS merupakan kepimpinan Ulama. " Manakala di dalam Umno yang kaya semakin kaya, tetapi rakyat yang miskin semakin miskin", kata Mohd Nazri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani pula menyelar sikap Umno yang melancarkan serangan peribadi ke atas Dato' Zaid dengan cubaan mengaibkan beliau dengan mengungkit kesilapan lampau. " Ternyata Umno tidak mampu menjawab isu Apco dan Asia Soft dan mereka tidak mempunyai isu untuk mengkritik Pakatan Rakyat, maka mereka melakukan taktik murahan dengan menyerang peribadi Dato' Zaid. " Sebagai umat Islam Umno sepatutnya mendoakan agar Dato' Zaid kekal dalam kebaikan bukannya menghina kesilapan masa lampau beliau", ulas Mohd Taufek yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS N.Sembilan.

Mohd Taufek berkata rakyat semakin matang dan tahu Umno cuba mengelak daripada menjawab pelbagai isu penting termasuk salah guna kuasa. Sementara itu Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, mengingatkan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar beberapa Menteri Umno untuk mengaku bahawa mereka tidak pernah minum arak sebelum ini, tetapi tiada sesiapa pun yang dimaksudkan oleh Kit Siang bangun dan menafikannya. "

Bagaimana pula dengan isu meluluskan lesen kilang arak dan lesen judi? " Siapa yang meluluskan semua ini jika bukan kerajaan Umno-BN", ujar Mohd Taufek. Justeru itu Mohd Taufek meminta pengundi di Hulu Selangor membuat keputusan bijak dan mengambil iktibar dari insiden ini apabila Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar Sunnah demi mengukuhkan kuasa mereka.

Mohd Taufek menyeru pengundi Hulu Selangor agar tidak termakan dengan janji manis pilihanraya kecil ini oleh BN, kerana begitu banyak janji mereka di Bagan Pinang pun belum tertunai dan terlaksana lagi.

(Laman Blog YB Hj Taufek , ADUN Paroi , N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com )

Wednesday, April 21, 2010

PRK PARLIMEN HULU SELANGOR

Ada Lagi Dosa Dato' Zaid !!?? Ini Dia ...
Posted on Tuesday, April 20 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Aksi Dakwah

Mutaakhir ini, Dato' Zaid Ibrahim, calon PKR Parlimen Hulu Selangor diserang bertubi-tubi dengan isu 'minum arak'. Namun Dato' Zaid menunjukkan kehebatan peribadinya dengan mengakui akan gaya hidupnya di masa lampau.

Bahkan Dato' Zaid menyatakan bahawa beliau telah bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf pada rakyat. Ini adalah satu kelebihan yang dipamirkan oleh Dato' Zaid. Maka saya tidak hairan sekiranya Tok Guru Haji Hadi mempertahankan Dato' Zaid sebagai calon PRK Hulu Selangor dan saya tak pelik kakalu Tok Guru Nik Aziz menyetujuinya. Yang peliknya ialah pemimpin UMNO kerana mereka tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka.

Malah, Dato' Zaid juga telah membuktikan kejujurannya membenci kezaliman dan kejahatan dalam UMNO dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan akta ISA yang zalim dan bermacam-macam penyelewengan Kerajaan UMNO/BN. Inilah antara kehebatan Dato'

Kalau diikutkan logik, tidak ada apa yang hendak dicari oleh Dato' Zaid di dunia ini lagi. Bukankah Dato' Zaid mempunyai firma guaman terbesar yang mempunyai jumlah peguamnya melebihi 100 orang. Kita boleh bayangkan kalau seorang peguam dibayar gajinya purata RM3000.00 seorang maka Zaid & Co kena membelanjakan wang sejumlah RM300,000.00 sebulan tidak termasuk gaji kaki tangan lain. Saya tidak kata Dato' Zaid kaya tetapi saya yakin Dato' Zaid boleh hidup senang atau sedang hidup senang dengan profesionnya itu.

Jadi untuk apa Dato' Zaid berada dalam rumah yang panas sedangkan beliau mempunyai rumah yang sejuk ber'air-cond'. Apa ada pada PKR dan Pakatan Rakyat jika di bandingkan dengan apa yang ada pada UMNO dan BN yang mana Dato' Zaid telah berada dalam zon selesanya sebagai menteri? Tapi beliau berhenti bukan diberhentikan. Ya.. Jawapannya ialah kerana Dato' Zaid ingin bersama rakyat yang sentiasa ditipu dan dizalimi oleh UMNO/BN. Artinya keseluruhan hidup bersama dengan UMNO adalah berdosa setelah kita mengetahui akan kejahatan dan kemungkarannya dalam pemerintahan.

Justeru itu, berada dalam UMNO adalah berdosa sebagaimana yang seing diratib oleh Mursyidul 'Am PAS. Berlawan dengan UMNO, dapat pahala, kata Tok Guru Nik Aziz. Sebelum lawan UMNO, mereka yang berada dalam UMNO perlu keluar UMNO dulu. Keluar UMNO pun dapat pahala kerana keluar dari kelompok yang penuh dengan kejahatan dan kemungkaran. Bila keluar, baru boleh lawan. Bila lawan UMNO, dapat pahala kali kedua. Itulah mafhum atau yang dapat difahami dari ratib Tok Guru Nik Aziz.

Jadi ... selama ini Dato' Zaid berada dalam berdosa kerana berendam hanyut bersama kemungkran dan kejahatan UMNO. Apa jahat dan mungkarnya UMNO pada rakyat dan negara? Ya.. UMNO memang banyak melakukan kemungkaran. Bukankah UMNO lah yang telah membunuh segelintir rakyat di Memali termasuk pendakwah terbaik yang diiktiraf sendiri oleh Pusat Islam iaitu Ustaz Ibrahim Libya? Apakah dosa Ust Ibrahim Libya bersama pengikutnya sehingga mereka dibunuh bagaikan penjenayah??

Bukankah UMNO berdosa kerana sentiasa menipu dengan janji-janjinya yang cukup manis untuk peneroka Felda Sungai Buaya dan lain-lain Felda sehingga ada di antara peneroka yang tidak dapat hak milik tanah bahkan mereka dibelenggu hutang silih berganti sampaikan Presiden ANAK telah mendedahkan penipuan UMNO ini dalam bukunya bertajuk 'FELDA : DULU TOLONG SEKARANG AH LONG' dan elok juga kalau tulis satu lagi buku bertajuk ' HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, PENEROKA MATI MENINGGALKAN HUTANG'.

Hanya peneroka dan mereka yang sering mendampingi peneroka sahaja yang merasai penderitaan dan siksanya jiwa sebagai peneroka. Hutang dah habis bayar, tiba-tiba masih lagi didapati berhutang. Janji nak bagi geran tanah, tiba-tiba tak jadi. Kena undi dulu BN baru boleh bagi.

Bukankah UMNO/BN telah berdosa kerana melantik syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi / Israil yang telah nyata dan jelas membunuh manusia di Palestin, sehingga tercungap-cungap mereka untuk berbahas ketika berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan sehingga pihak KPN terpaksa menamatkan perkhidmatan egen APCO di pejabat polis? Mereka minta Dato' Seri Anwar kemukakan bukti lalu dikemukakan bukti.Sekarang mereka cukup rimas dengan isu APCO / Yahudi ini.

Bukankah telah banyak wang rakyat telah dihabiskan untuk pemimpin-pemimpin UMNO/BN menerusi projek-projek yang kalau kosnya RM500 juta lalu diangkat harganya menjadi RM1 bilion. Kononnya nak buat projek untuk rakyat lalu dibinanya sekolah yang harga RM10 juta tapi diangkat harganya menjadi RM20 juta. Kononnya untuk kemudahan rakyat lalu dibinanya lebuhraya 4 lorong yang harga kosnya untuk 1 km ialah sebanyak RM1 juta termasuk keuntungan untuk kontraktor lalu diangkat harganya menjadi RM3.5 juta setiap 1 km? Kenapa harga-harga projek yang kononnya untuk rakyat diangkat sehingga dua tiga kali ganda?Jawabnya kerana untuk di 'faraid'kan komisyennya kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Bukankah dosa rasuah sudah membarah, melekat dan menjadi darah daging UMNO/BN? Ibarah daging kalau cuba dipisahkan dari badan akan terasa sakit. Begitulah juga pemimpin UMNO/BN terasa bagaikan tercabut nyawanya kalau tidak buat kerja 'rasuah'. Sebab itu kita lihat, walaupun UMNO/BN tewas teruk pada PRU12 2008 sebelum ini ytang antara sebab utamanya kerana rakyat menyampah pada perangai pemimpin UMNO/BN yang hidup mewah dengan rasuah namun aktiviti rasuah mereka terus menjadi-jadi sehingga Tengku Ahmad Rithaudin (Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO) menyatakan ada lebih 900 aduan mengenai rasuah dalam UMNO. Sepatutnya UMNO bertaubat dengan kerja rasuahnya itu demi mengembalikan keyakinan rakyat pada PRU 13 tetapi UMNO tak mungkin bertaubat dari dosa rasuah?

Bukankah UMNO juga yang merampas wang rayalti minyak Terengganu hanya semata-mata kerana Terengganu diperintah oleh PAS, Sepatutnya UMNO dah bertaubat kerana mereka kata mereka nak bela Melayu. Rakyat Terengganu adalah majoriti Melayu. Tapi ... dosa UMNO dalam merembat dan menyeleweng wang rakyat adalah sama dengan dosa mereka dalam bab rasuah. Ianya bagaikan kuku dengan kulit. Susah nak berpisah. Lalu mereka terus bertindak dengan tindakan yang sama terhadap Kelantan hanya semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh PAS. Sedangkan mereka meratib bahawa mereka adalah pembela Melayu. Bukankah rakyat di Kelantan ramai berbangsa Melayu.

Terlalu banyak dosa UMNO untuk rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Khazanah negara hampir habis samada balak, minyak dan wang rakyat dari lain-lain sumber digunakan dengan penuh licik oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan mereka.

Maka dengan ini Dato' Zaid harus mengisytiharkan di hadapan rakyat di Hulu Selangor bahawa beliau juga pernah melakukan dosa yang lain iaitu dosanya kerana bersama dengan UMNO yang telah banyak melakukan dosa dan kejahatan seperti yang telah dinyatakan di atas. Dosa orang yang bertaubat akan terampun di sisi Allah swt. Orang yang bertaubat, dirinya bagaikan kain putih. Bagaimana dengan pemimpin UMNO yang lain, yang terus berada dalam kerja-kerja dosa kerana berada dalam UMNO?

Semuga Allah swt menerima taubat Dato' Zaid sebagaimana Allah swt menerima taubat Saidina Umar ra yang pernah minum arak dan membunuh anaknya sendiri dan juga taubat Hindun yang telah bersama membunuh Pak Saudara Nabi, iaitu Hamzah Ibnu Abdul Muttalib.

Setelah bertaubat, Dato' Zaid boleh terus duduk di rumah berulang alik ke Masjid, dan dipenuhi dengan zikir, baca al quran dan bertahajud tetapi Dato' Zaid memilih untuk berada di alam kesusahan bersama rakyat dan perjuangan untuk rakyat sebagaimana yang banyak berlaku kepada para sahabat yang telah bertaubat dan berjanji di hadapan Rasulullah saw "Ya Rasulullah, Aku tidak akan berhenti berperang selagi mana aku tidak membunuh tentera musuh sebanyak mana yang telah aku bunuh tentera Islam sebelum ini'.

Maka mungkin Dato' Zaid akan berkata di hadapan rakyat Hulu Selangor 'Wahai saudara-saudara sekelian, selama ini saya berada dalam UMNO yang telah banyak menindas dan menipu rakyat serta menzalimi rakyat. Kini saya telah bertaubat dan demi Allah, dengan ini saya bersumpah akan terus berjuang membela rakyat agar hidup saudara-saudari akan sentiasa mendapat pembelaan dan keadilan sebagai manusia dan rakyat Malaysia'.

Kepada Dato' Zaid, Seringlah beristighfar, banyakkan baca selawat kepada Nabi saw dan teruskan perjuangan, jangan pandang ke belakang. Semuga Allah swt memberi kekutan dan pertolongan kepada Dato'.

Dicatat oleh aksidakwah