Friday, May 21, 2010

WONG FEI HUNG

Tengah ronda2... terjumpa lak artikel nie di DPPK... Artikel nie depa posting 4hb may 2010... baca jelah..


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film 'Once Upon A Time in China' . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet L i. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab , Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab , Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan , namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.


Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.[img][/img]

MELAYU YANG AYU @ LAYU

Ketuanan Melayu Atau Kehantuan Melayu?

Posted on Thursday, May 20 @ 19:00:00 PDT by tokdalang

Oleh: Shirzad Lifeboat

Ibarat kicauan siburung murai, nampaknya Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak sudah-sudah memperkatakan tentang ‘Ketuanan Melayu’?

Selain daripada retorik politik ketara, tidak jelas apakah sebenarnya diperjuangkan oleh beliau menerusi ungkapan ‘Ketuanan Melayu’ yang disadur bulat-bulat dari tagline UMNO (yang digunakan selepas Merdeka sehinggalah Pilihanraya Umum ke-12 apabila parti itu sendiri merasakan pemanis kata tersebut sudah basi dan hilang daya pemikatnya).



Ramai berpendapat hal-hal seperti ini boleh menimpa ke atas ahli politik tidak laku dan yang tidak berada di sebelah sini mahupun di sebelah sana kerana sifat semula jadinya yang sekejap berada di sebelah sini dan sekejap lompat ke sebelah sana dan kemudian lompat lagi sehingga tidak lagi berada di sebelah sini mahupun di sebelah sana tapi masih menyimpan harapan agar permaindani merah dihamparkan agar dia dipersilakan melompat semula ke tempat asalnya.

Apapun, selain daripada penyakit psikologi yang merasuk Ahli Parlimen berkenaan dan juga para penganut kepercayaan Ketuanan Melayu, polemik mengenainya seperti tidak menampakkan akan ada penghujungnya.

Sebenarnya selama 50 tahun UMNO membentuk minda, sikap, kepercayaan siasah malah keperibadian orang Melayu, banyak tuan-tuan Melayu yang telah terbentuk. Siapa dia tuan penagih dadah? Siapa dia tuan ponteng sekolah? Siapa dia tuan buang bayi? Siapa dia tuan bohsia? Siapa dia tuan mat rempit? Siapa dia tuan rasuah? Siapa dia tuan politik wang? Siapa dia tuan lobi kontrak kerajaan?

Dalam dunia perniagaan Malaysia pula, berapa ramaikah yang menjadi tuan perniagaan besar tanpa mendapat pertolongan kerajaan? Berapa ramai pula yang menjadi so-called tokoh korporat, sama ada dalam syarikat GLC atau syarikat yang sahamnya dikuasai oleh badan-badan kerajaan yang menduduki kerusi Ketua Pegawai Eksekutif, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah disebabkan merit mereka sendiri dan bukan kerana mempunyai connection dengan orang politik yang berkuasa?

Selepas 50 tahun mengaku memperjuangkan nasib orang Melayu dan setelah tak kering air liur berpidato sana sini tentang ketuanan Melayu, apakah orang Melayu sudah benar-benar merasakan diri mereka tuan dalam erti kata sebenarnya?

Apakah Ketuanan Melayu hanya memenuhi makna sempit bahawa ia berkait rapat dengan golongan pemimpin UMNO tertentu dan golongan elit Melayu yang mempunyai connection dengan golongan pemimpin ini? Bukankan pemimpin UMNO dari golongan ini sahaja yang menjadi tuan?

Nampaknya inilah sahaja yang boleh dimengertikan sebagai Ketuanan Melayu. Sementara tagline ini bertujuan mengekalkan kuasa politik di tangan orang Melayu dari golongan ini, ia tidak banyak menyangkut kepada orang Melayu dari kalangan rakyat biasa.

Dalam pada itu, ramai juga para penganut Ketuanan Melayu ini akhirnya telah murtad dan merasakan bahawa pemanis kata Ketuanan Melayu berlabel UMNO itu sudah tidak relevan lagi.

Namun bagi mereka yang tidak percaya kepada cakap-cakap kosong tentang ketuanan ini dan lebih percaya bahawa meritokrasi adalah anak kunci segala-galanya, Ketuanan Melayu tidak wujud dalam kamus kehidupan mereka dan justeru soal relevan atau tidak relevan tidak timbul sama sekali.

Begitupun tentu sekali UMNO mempunyai kamusnya tersendiri. Ia boleh sahaja memberikan makna kepada apa sahaja kepada apa sahaja sebagaimana parti itu bebas menggubal undang-undang atau menterjemahkan undang-undang yang sedia ada menurut selera tuan-tuan UMNO yang juga merupakan tuan-tuan UMNO. Ini sebagaimana yang ditakrifkan oleh kamus UMNO: “UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.”

Sedap betul bunyinya. Boleh membakar emosi. Boleh menyebabkan sesetengah orang yang mudah terpengaruh dengan temberang seperti ini merasakan betapa yang perlu hidup cuma orang Melayu sahaja dan orang lain perlu dihapuskan atau diusir atau dinafikan haknya walaupun dia adalah warganegara di bawah Perlembagaan.

Malangnya, tanpa disedari oleh para penganut ajaran Ketuanan Melayu ini, sesungguhnya ajaran ini adalah merupakan satu ajaran sesat. Bukan sahaja dari segi normal tetapi dari segi Islam.

Setelah menunaikan fardhu Haji terakhir sebelum kewafatannya, Rasulullah s.a.w. telah berpesan mahfumnya: “Semua kamu dari Adam. Adam itu daripada tanah. Tiada kelebihan bagi orang Arab ke atas orang Ajam, melainkan dengan taqwa.”

Justeru Nabi s.a.w. sendiri pun tidak menggunakan pemanis kata Ketuanan Arab atau Ketuanan Quraisy dan ketuanan sebagainya.

Oleh itu tak payahlah puak-puak terlibat berhujah lagi tentang perkara tak mendatangkan faedah ini. Ia bukannya sesuatu yang menepati prinsip Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa Islam tidak mengiktiraf ketuanan sesuatu bangsa.

Begitu juga yang dinyatakan oleh ahli Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Lajnah Penerangan & Dakwah PAS, Aiman Athirah Al Jundi, “Memperjuangkan hak sesuatu keturunan (dalam konteks sesebuah negara majmuk), sama ada dilakukan oleh UMNO atau Ibrahim Ali, adalah salah. Kita tidak pernah menerima konsep sempit memperjuangkan hak sesuatu kaum ini. Ia tidak sejajar dengan ajaran Islam.”

Dan tak perlulah juga puak-puak ini memutar-belitkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Sebagaimana yang diketahui oleh orang Melayu yang lebih rasional dan sebagaimana dijelaskan semula oleh Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Muhajid Yusof Rawa betapa perkataan ‘ketuanan’ yang menjadi ramuan utama politik UMNO dalam kempen pilihanraya mereka dan sebagainya tidak terkandung dalam dokumen berkenaan.

Memang betullah kata Mujahid bahawa dalam konteks negara kita tidak ada sesiapa yang patut menjadi tuan. Maknanya kita semuanya bangsa Malaysia. Apa hal pula ada keturunan yang sibuk-sibuk nak jadi tuan?

Berpuluh tahun lamanya kita telah melihat apakah kesan dari pembentukan minda Melayu oleh UMNO dan bagaimana slogan Ketuanan Melayu akhirnya memberikan kesan terbalik. Dalam lain perkataan, jauh dari melahirkan tuan-tuan Melayu (kecuali tuan-tuan dalam UMNO), lebih ramai orang Melayu, terutaman golongan muda yang terjebak dalam ‘kehantuan Melayu’ kerana merasakan diri mereka tuan dan boleh buat apa sahaja.

Wednesday, May 19, 2010

BETULKAH BEGITU

Masih lagi cerita Guru...kisah guru yang .....
Posted on Tuesday, May 18 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Aduan @ Luahan Oleh: naha

Assalamualaikom... maaf saya tak berapa suka nak menyebut salam satu Malayasia walaupun sebagai seorang guru saya patut lakukan setiap kali perhimpunan atau sebarang mesyuarat atau majlis...Ada satu luahan yang saya ingin utarakan disini..mengenai...lanjutan pencen ke umur 58 tahun...Sebenarnya saya merasakan ia tidak sesuai...sekali...untuk kakitangan kerajaan ataupun guru...sebab ia menjadi masalah kepada orang lain.....tidak disekolah saya sahaja malah begitu juga sekolah orang lain ..mungkin....

Guru besar saya seorang wanita....yang sepatutnya..telah bersara tetapi melanjutkan perkhidmatannya..atas alasan terapi dia bekerja...kerana dia adalah pesakit kanser payudara....Saya amat bersimpati dengan itu..mungkin itu ujian dari Allah..untuknya....tapi saya amat kesal dengan tugas yang sepatutnya dia pikul....tapi tidak dijalankan dengan sebaiknaya..dan menjadikan alasan.." sakit " sebagai sebab..kenapa tugas tidak sempurna ...bolehkan anda tahan..sekiranya...

1. Anda melihat anak murid anda terbiar selama satu jam ..tanpa guru ..atas alasan guru besar tidak sihat..so tak masuk kelas..( sepatutnya dia tidak mengajar m/pelajaran BI tapi nak jugak ajar ..dan saya rasa dia mahukan bayaran intrnsif BISP ) ..sebab tak sampai hati saya akan mengajar anak murid saya BI selama 2 jam direct...kerana bimbang budak itu tidak belajar., lebih lebih lagi mereka murid tahun 6...

2. Selalu mengelak pergi mesyuarat PPD atas alasan tidak boleh duduk lama dan menjadikan GPK sebagi mangsa...Bila tak dapat makluman..akan menyalahkan orang berkenaan...

2. Sering appoiment hospital..dan tidak hadir sekolah....alasan sama..sakit..

3. Pelupa..( penyakit biasa bila berumur ) ...so banyak program tergendala..bila ditanya..hanya marah dan kata " kenapa tak ingatkan saya ?"

4.Setiap keputusan dibuat mengikut emosi..dengan siap airmata sekali....bukan atas nama rasional dan sesuai.....

5. Mengaji dan berceramah agama....seolah-olah guru lain...yang muda tak mempunyai ilmu setinggi dia...Agak lucu..bila bercakap tentang rezeki tyang toyyib..tapi dia sendiri tiada barakah.....duit selalu tak cukup...

6.Guru hanya perlu mengikut arahan...walaupun dia salah..tapi kene ikut juga kerana faktor umur dan pengalaman dia....

7. Tak mahu terima perubahan cara pengajaran..atas alasan dia adalah tokoh guru innovatif 10 tahun yang lepas....

8. Paling best suka berborak..n pass kerja kepada orang lain...

9. macam-macam lagi ..saya dah jadi guru hampir 15 tahun...tapi masih belajar untuk memperbaiki diri....saya cukup kecewa dengan guru besar ...Saya sedang lihat kehancuran UPSR sekolah saya pada tahun ini...Kami guru tahun 6 bertungkus lumus mengekalkan UPSR terbaik disekolah..tapi sedih bila pentadbiran sekolah...ibarat melepaskan tangan...

10.Sebagai guru biasa saya dan rakan-rakan esp. guru tahun 6 hanya akan berusaha sedaya upaya untuk anak murid ...semoga mereka memperolehi keputusan cemerlang upsr 2010...insyaalah..semua program kami rangka sendiri..., jadual kelas tambahan kami buat sendiri , kelas masa cuti kami buat sendiri , sedih dana tabung kecemerlangan kami cari sendiri disamping bayaran dari murid...

11.Bila minta bantuan...sekolah tiada duit...sekolah tiada duit...sekolah tida duit...Setakat bercakap tapi tiada usaha memanglah...sepatutnya kita perlu berusaha,....sebak saya bila mengenangkan..cikgu yang separuh gila memikirkan murid..tapi GB gila jugak...gila pasal intensif Sekolah berpretasi Tinggi

Akhir sekali kepada yang berminat menjadi guru..teruskan usaha tapi jadilah guru yang sebenar-benarnya..bukan atas nama jawatan..atau pangkat..tapi guru yang ajarannya itu membrikan kesan mendalam kepada anak didiknya..serta barakah hasilnya.mudah-mudah Allah tetpkan pendirian saya dan rakan ..berbakti kepada anak bangsa dan agama..insyaalah..