Sunday, October 17, 2010

1MALAYSIA1MALAYSIA1MALAYSIA1MALAYSIA1MALAYSIA

RM65?

Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.

Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.

Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.

Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat.

Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.

"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.

"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian.

"Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya.

juragan : Perghh...RM24juta + RM6juta=RM30juta + RM64juta=94 juta oiii..mangkuk tandas emas ke??atau selimut emas??..puak-puak umno kena pebodoh sakan..pemimpin hidup mewah ala firaun, penyokong Umno hidup merempat dan cari duit setengah mati..apa-apa pun..hidup umnooo... - karatijau

Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa.Bayangkan Sewa sehari Seri Perdana ini bersamaan RM11,527.77 sehari…

Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM

R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

Jadi apa nak kita lakukan?

Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita.

Note: Rakyat disuruh berjimat.. dia dok pulun habis.. rakyat dibebani kenaikan harga barang keperluan.. dia dok perabih 65 juta buat reban dua ekor badak... dan rm111 juta untuk makanan badak.. bulan-bulan kena bayar sewa lagi... Yang bangang penyokong umno jugak... kah..kah..kah..kah..

Friday, October 1, 2010

40 ATAU 60 ATAU BERAPA PUN, ADAKAH TERLARANG?

Oleh Zolkharnain Abidin

Tahniah kepada blogger yang menjawab tulisan ketua ulamak muda Umno secara ilmiah mengenai 40 tok guru pondok bakal berdoa di Mekah selama 40 hari dan 40 waktu. Isunya, royalti minyak Kelantan. Baca blog al-Bakistani.

Tulisan ulamak muda Umno itu dikira bagus. Penuh dengan maksud hadis dan pandangan para ulamak. Kalau ketua ulamak muda itu berhasrat untuk menujukan tulisannya kepada 40 tok guru pondok itu, rasanya mereka pun sudah tahu.

Bahkan rasanya mereka lebih dahulu tahu daripada ketua ulamak muda itu. Namun itu tidak bermakna tulisan ketua ulamak muda tidak berharga, ia tetap berharga dan bernilai. Memberitahu perkara yang orang telah tahu dipanggil ‘tazkirah’.

Angka 40 ada signifikannya. Dalam al-Quran ada disebut angka itu. Signifikan Mekah dengan doa usah dipersoalkan lagi. 40 tok guru itu pula mewakili rakyat Kelantan yang pada pandangan mereka di zalimi. Pendek kata, jika ulama muda itu ingin mempersoalkan signifikan doa dengan isu royalti minyak Kelantan, rasanya tersasar.

Selama mana sesuatu itu tidak terlarang, maka melakukannya tidak perlu dipersoalkan. Tiada larangan berdoa oleh 40 orang, 40 waktu dan 40 hari. Bahkan tiada larangan juga untuk 60 orang, 60 waktu atau 60 hari. Atau, berapa sahaja.

Justeru, mengapa bilangan orang, waktu dan hari yang dipersoalkan oleh ketua ulama muda Umno ini?

40 tok guru adalah rakyat Kelantan. Mereka berasa diri mereka dizalimi. Bagi mereka, orang yang menzalimi mereka ialah pemimpin Umno. Kalau mereka berdoa supaya ditentukan keputusan yang wajar ke atas pihak yang menzalimi mereka, itu hak mereka.

Menjadi kelaziman, orang yang menzalimi jarang merasai dia menzalimi orang lain. Firaun berasa tindakannya memotong secara bersilang kaki dan tangan ahli sihirnya yang beriman dengan Musa adalah betul. Dia berasa dirinya Tuhan. Mana mungkin Tuhan bersalah.

Apabila rakyat Kelantan berasa mereka dizalimi, mereka berhak berdoa supaya orang yang menzalimi mereka dihukum.

Kalau Umno berasa mereka tidak menzalimi rakyat Kelantan, mengapa mereka perlu takut dengan doa 40 tok guru itu? Mengapa pula ketua ulama muda Umno ini perlu mempersoalkan tindakan 40 tok guru itu?

Mereka tidak perlu mempersolkan tindakan 40 tok guru itu. Mereka perlu tampil menasihati pemimpin Umno untuk memulangkan hak kepada yang berhak.

Benar, kefahaman terhadap tafsiran undang-undang adalah berbeza. Tetapi apalah salahnya jika rakyat Kelantan diberikan apa yang mereka yakini sebagai hak mereka. Bukankah rakyat Kelantan juga adalah warga negara?

Kalau rakyat negeri lain juga berpendapat mereka juga berhak ke atas emas hitam itu, tunaikan juga. Itu adalah lebih baik daripada berkeras lengan untuk menunjukkan kuasa. Akibatnya, rakyat yang menanggung bahana.

Persoalannya ialah, berdasarkan pengalaman Kelantan semenjak 1990, bukan sekadar royalti minyak itu sahaja yang dinafikan, bahkan geran tahunan berdasarkan perlembagaan pun tidak dilunaskan secara sepatutnya.

Sudahkah ketua ulama muda Umno menasihati ketua mereka mengenai perkara ini? Atau, mungkin mereka menasihatinya secara senyap takut diketahui orang. Nanti riya’ pula. Mudah-mudahan…

Kata ketua ulamak muda Umno lagi, RM400 ribu sepatutnya dihabiskan untuk program ilmu dan bukan program sebegitu.

Cuba ketua ulamak muda Umno ini kira, berapa banyak wang dihabiskan untuk sambutan pelbagai hari, acara dan pesta di negara ini?

Dan, tentu ketua ulamak muda Umno ini tahu bahawa kita dibenarkan bersusah-payah untuk bermusafir untuk menuju ke tiga buah masjid agung kita di Mekah, Madinah dan Palestin.

Bagi saya, ketua ulamak muda ini sepatutnya menumpukan perhatian untuk terus menasihati pemimpin Umno secara senyap-senyap seperti yang disarankannya. Tak perlu heboh-heboh.

Tetapi ketua ulama muda Umno ini perlu sedar bahawa bangkitnya kesedaran rakyat juga kesedaran pemimpin Umno sendiri dalam beberapa hal adalah kerana teguran secara terang dan keras yang dibuat oleh rakyat. Hasilnya telah kelihatan dan turut dirasai ketua ulamak muda Umno sendiri.

Kami sedang menunggu hasil nasihat senyap-senyap ketua ulamak muda Umno ini.

Saturday, September 25, 2010

UMNO MEMALUKAN ORANG ISLAM

Umno patut malu, mereka lulus lesen judi
Ali Hashim

KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.

"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.

"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.

Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.