Thursday, January 6, 2011

SELANGOR YANG DITENDANG TERAJANG



PROJEK SELANGOR


Krisis besar telah sampai ke Selangor. Sekali pandang ianya datang secara tetiba seperti banjir melanda kerana empangan pecah. Apakah betul bencana ini sampai dengan tetiba? Apakah betul ianya sampai kerana Setiusaha Kerajaan Selangor yang lama ingin bersara dan yang baru perlu dilantik? Tidak. Di belakang semua ini ada perancangan licik. Ada wayang Pak Dalang.

Umum mengetahui - sesiapa yang belum tahu sesudah membaca tulisan ini akan tahu bahawa negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia. Malah antara yang terkaya di Asia tenggara setaraf dengan German, United Kingdom atau Korea Selatan. Belanjawan tahunan untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya sahaja lebih banyak dari belanjawan tahunan kerajaan Negeri Kedah. Ini fakta saheh.

Selama lebih dari 50 tahun warga Selangor merasa mereka telah ditipu. Pada 8 March 2008 dahulu warga Selangor tidak mahu lagi dibodohkan justeru mereka telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat dan menghumbankan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Dari fakta sejarah - ini adalah kali kedua warga Selangor mengambil sikap sedemikian. Kali pertama pada tahun 1969 dahulu.

Sikap pintar dan kesedaran warga Selangor ini telah menjadikan United Malays National Organisation hilang punca. Sesudah 8 March yang lalu gerombolan yang selama ini merampok dan mengganas di Selangor telah kehilangan peti emas. Penyamun yang memiliki pin number akoun bank tetiba angka pin ini berubah. Ini samalah seperti Raja Bersiong yang menjaga Bank Darah tetiba dihalau ke hutan.

Untuk memahami apa yang berlaku di Selangor hari ini kita wajib melihat kembali apa yang berlaku pada 8 March 2008 dahulu. Kini – sedikit demi sedikit – umum telah mula mengetahui bagaimana pada malam 8 March 2008 yang lalu Khir Toyo telah membuat beberapa panggilan talipon untuk bersubahat dengan beberapa anasir dalam Pas untuk mengagalkan terdirinya pentabiran kerajaan baru di Selangor. Ini bukan desas bin desus. Ini fakta sejarah.

Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana ada bengolan-bengolan yang telah hilang kuasa ini tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah hilang kuasa. Dalam masa yang sama ada pula bengolan-bengolan yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Bersar yang baru. Kepentingan kuasa ini telah mengikat dua anasir yang bermusuhan ini untuk bekerja sama. Kini babak sejarah malam 8 March 2008 itu telah tesebar untuk menjadi cerita-cerita rakyat yang boleh ditokoh tambah dengan aji-no-moto.

Apa yang jelas – awal-awal lagi – pada malam 8 March 2010 itu lagi United Malays National Organisation sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor. Bukan kerana gerombolan ini ingin meneruskan khidmat suci mereka – tidak. Hilang Selangor dari kawalan bermakna United Malays National Organisation akan hilanglah punca pencarian. Selama ini Selangor adalah tempat para geromboan mencari makan – Selangor lombong emas mereka.

Ingatkan kembali kesah lagenda Abang Zak - dari seorang penjaga pintu laluan keretapi - seorang yang tidak ada pelajaran dan ilmu pengetahun telah menjadi kaya raya kerana dipilih oleh United Malays National Organisation untuk menjadi Adun dan ahli Majlis Perbandaran Klang. Ini satu contoh kecil. Bagaimana pula dengan projek mega perlabuhan Klang yang dananya lesap berbilion-bilon ringgit? Malah amat banyak lombong emas terletak di Selangor tetapi kini di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru apa yang jelas disini ialah United Malays National Organisation akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali Selangor. Gerombolan ini sanggup bersekongkol dengan siapa sahaja. Gerombolan ini akan besubahat dengan siapa sahaja asalkan Selangor kembali di bawah naungan mereka.

Bayangkan hari ini banyak program gerombolan terbengkalai kerana duit putus. Limpahan fulus yang biasanya datang dari kerajaan Selangor telah kering. Lubang lubang kontrek telah tertutup. Duit komisen sama ada jual projek atau melobi untuk mendapatkan projek kini tidak ada lagi. Kering dan kontang.

Ingat? Bagaimana heboh riuh gempita dipertengahan tahun lalu kerana pelancaran kempen : Tawan Selangor . Diberitakan Mat Ezam, Noh Omar dan Khir Toyo akan gila babi berkempen ke hulu ke hilir dengan ‘road show ‘ mereka. Lepas tiga empat ceramah – tayar pancet – semua potong stim. Tak ada sesiapa berminat untuk datang mendengar kempen Mat Ezam atau Khir Toyo. Untuk menambah sedih dan pilu - ahli-ahli gerombolan kalau tak ada fulus tak akan mengalihkan punggung mereka ke mana-mana. Khalas.

Asas dan latar belakang semua ini ialah kenyataan Ketua Perhubungan Selangor Najib Razak yang telah berkata : Selangor wajib diambil kembali. Ini adalah satu arahan untuk melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh. Justeru kita melihat bagaimana Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan pelbagai bentuk operasi untuk memerangkap Adun-adun atau Ahli-ahli Majlis Pakatan Rakyat.

Pelbagai taktik telah dijalankan. Taktik perangkap dengan duit telah dijalankan. Seorang Adun PKR telah tewas dan berpaling tadah. Perangkap lendir yang berjaya digunakan di Perak telah juga digunakan di Selangor. Tetapi gagal. Akhirnya perangkap – siasat sampai mati – yang telah dijalankan terhadap Teoh Beng Hock. Semua ini adalah taktik dan strateji untuk menumbangkan kerajaan Selangor.

Selaras dengan operasi SPRM ini juga – kacau bilau kecil terus diadakan. Mengheret kepala lembu, membuat laporan polis kiri dan kanan, baling kepala babi dalam masjid, menyebar fitnah disana sini menjadi sebahagian dari perang saraf puak gerombolan. Sayangnya walau pun songkok yang gerombolan pakai tinggi mengawan dan lilitan serban mereka tebal membuncit tetapi tidak banyak warga Selangor yang tertarik dengan puak gerombolan ini.

Akhirnya Zionis APCO penasehat yang digaji oleh Najib Razak telah mencadangkan satu taktik baru perlu dijalankan di Selangor. Kalau di Israel rejim Zionis telah memilih Abbas dari Al-Fatah untuk menjadi pemimpin walhal yang menang dipilih oleh warga Palestin ialah parti Hamas. Taktik - pecah dan perintah a la Israel inilah yang sedang dijalankan oleh Najib Razak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat secara resmi telah menemu duga calon-calon baru untuk dijadikan Setiausaha Kerajaan. Nama calon yang dipilih telah dihantar ke pihak berwajib untuk disahkan. Tetiba Sultan Selangor dikatakan telah membuat pilihan. Ini betul betul sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Israel Nathanyahu dahulu. Rejim Zionis tetiba memilih Abbas dan mengenepikan Hamas yang dipilih rakyat. Apa yang berbeza - di Israel tidak ada Sultan hanya kita di Selangor yang ada Sultan. Kita pula di Selangor tidak ada Nathanyahu tetapi kita ada Najibyahoo.

Disini umum wajib disedarkan bahawa Sultan dan Raja di Malaysia ini bukan Sultan dan Raja dizaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Itu enam ratus tahun dahulu. Hari ini mereka hanyalah Raja Perlembagaan bukan BerSultan di mata dan berRaja di hati. Zaman apa sahaja Sultan dan Raja buat adalah betul telah lama berlangsung.

Umum juga perlu diingatkan bahawa United Malays National Organisation pada tahun 1993 telah meminda perlembagaan. Pindaan perlembagaan tahun 1993 ini membawa banyak perubahan dalam segi pemikiran orang Melayu terhadap sistem Raja Perlembagaan. Hari ini – lapan belas tahun kemudian – rakyat Malaysia terutama orang Melayu sama seperti warga Selangor tidak mahu lagi di tipu oleh sesiapa pun – baik oleh politikus atau pun oleh Sultan.

Rancangan jahat Najib Razak untuk menimbulkan perbalahan antara kerajaan Selangor dan Sultan ini akan berterusan. Kes Khusrin ini sedang dijadikan peluru untuk menimbulkan kacau bilau. Ini adalah penerusan strateji untuk merampas kembali Selangor dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Warga Selangor wajib berhati-hati dan berwaspada. Harus dingatkan anasir –anasir yang pernah ditalipon oleh Khir Toyo pada malam 8 March 2008 dahulu pasti sedang mencari-cari peluang untuk menjual Viagra di Lorong Haji Taib. Musuh-musuh dalam selimut sedang berkeliaran mencari peluang untuk mendapat pangkat dan kuasa. Gerombolan amat senang dikenali tetapi musuh dalam selimut ini tak tahu bila ianya akan menikam kita.

Dimana akhirnya krisis ini? Semuanya terpulang kepada warga Selangor sendiri. Jika mereka ingin membawa perubahan maka mereka akan terus menyokong Pakatan Rakyat. Jika mereka ingin terus ditipu dan diperbodohkan – tidak ada siapa yang dapat menolong. Hingga hari ini masih belum ditemui lagi satu suntikan yang mujarab untuk mencerdikan mereka yang suka dibodohkan dalam sekelip masa.(TT)

Tuesday, November 16, 2010

UMNO! UMNO! UMNO! ISK.... ISK... ISK... BURUK BENAR PERANGAINYA

Baru sekarang Umno terhegeh-hegeh ‘bela’ Melayu Pulau Pinang


hiasan

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sejak dulu, kini dan selamanya perangai buruk Umno tidak pernah berubah. Setiap kegagalan mereka dalam membina kekuatan bangsa Melayu yang kononnya menjadi teras perjuangan, maka yang dipersalahkan bukan diri sendiri tetapi pihak lain.

Separuh abad Umno diberi kuasa mentadbir Pulau Pinang, hak orang Melayu bukan setakat tidak bertambah sebaliknya berkurang. ADUN BN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendedahkan bahawa hak milik tanah Melayu di Pulau Pinang (tanah seberang dan pulau) hanya tinggal 20 peratus. “Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka kini yang cukup kritikal,” ujar Farid di Perhimpunan Agung Umno.

Jika benarlah andaian beliau, nampaknya DAP lebih berjaya dari Israel. DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk merampas tanah rakyat Palestin sedikit demi sedikit, tapi DAP hanya ambil masa dua tahun lebih untuk ‘merampas tanah dan menghalau’ orang Melayu sehingga tinggal 20 peratus sahaja kini.

Menurut fakta yang didedahkan oleh Farid, tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajiannya juga mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini di bina di atas tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

“Kerajaan Negeri (DAP) semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan,” ujarnya. Anak jati Balik Pulau itu barangkali baru terkejut dari mimpi, lalu bercakap pun macam orang mengigau.

Soalan pertama yang patut ditanya oleh beliau serta seluruh pemimpin Umno Pulau Pinang ialah: Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi?

Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu. Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah rendah pada tahun 70an, PAS dalam ceramah mereka telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang. Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh. Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir. Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Bunga, dah jadi milik orang lain. Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang. Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu. Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.

PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno, “Aku sentiasa betul, orang lain yang salah.”

Friday, November 12, 2010

INI RUPANYA WARTAWAN YANG KURANG AJAR

Samad Majid: Wartawan RTM yang tak reti bahasa"Lain kali nak bekerja, bekerja cara orang Islam!!!"



"Jawapan dari YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah yang 'Paling Layak' kepada wartawan media seperti RTM & TV3 yang disiarkan Buletin Utama, TV3 semalam.

Hangpa (Media) nak putaq belit & nak perbodoh rakyat Kedah. La ni Baru Hangpa kenai sapa dia Ustaz Azizan!!! "Lain kali nak bekerja, bekerja cara orang Islam!!!"

TERBARU: Mari kita lihat antara contoh rakaman berita RTM dibawah...siapa 'wartawan lokasi' semasa berita ini dilaporkan??..siapa lagi kalau bukan wartawan tak reti bahasa ini, Samad Majid...apa yg cuba ditonjolkan oleh Samad Majid ini dalam laporannya?..semuanya bernada negatif..



Ternyata beliau adalah 'barua' Umno dalam usaha memburuk2kan kerajaan negeri..Tidak cukup dengan itu, semalam beliau telah 'memprovoke' MB Kedah dengan pelbagai soalan walaupun Ust Azizan awal2 lagi sudah memberi amaran lisan supaya tidak dibangkitkan isu banjir dlm press conference semalam..
Media di arah buat liputan pemimpin Umno

Di bawah pula, adalah bukti media talibarut Umno (TV3) bertungkus lumus mempromosi tuannya di setiap penjuru kampung yang dilanda banjir...kerana itu tidak pelik, dalam siaran berita TV3 hanya menyiarkan wakil rakyat Umno/BN kononnya bersusah payah membantu rakyat..

Sementara berita MB Kedah, pemimpin PR yg membantu mangsa banjir tidak pula dihebahkan, bahkan cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat, seolah2 pemimpin PR tidak sensitif dengan nasib rakyat..sungguh zalim lagi hina perbuatan pencacai Umno ini...



Akhir kalam....semoga Allah melimpahkan balasannya yg setimpal ke atas mereka, supaya menjadi pedoman dan pengajaran kepada orang lain...wallahua'lam..atsini