Assalamualaikum!

UMNO masih lagi dipertahankan sebagai prihatim dengan masjid dan sekolah agama seolah-olah UMNO dengan duit poket mereka sendiri yang membina masjid dan sekolah agama. Lebih parah apabila melihat papan tanda yang mengatakan "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL" sedangkan yang membiayai projek tersebut ialah rakyat jelata yang membayar berbagai-bagai jenis cukai kepada kerajaan serta yang sepatutnya menikmati hasil bumi negara. Inilah gambaran yang cuba dihasilkan oleh UMNO apabila memperkatakan pembangunan seolah-olah mereka yang membawa pembangunan itu kepada rakyat dengan dana mak bapak mereka sendiri sementara rakyat yang tidak membayar apa apa perlu berterima kasih dan setia dengan kerajaan UMNO.
Dasar kepala bapak UMNO yang diencokan oleh pencacai-pencacai bengong dan pejuang melayu palsu. Kembali kepada pembinaan masjid, apakah UMNO tidak pernah terlintas di kepala mereka bahawa Masjid ialah rumah ALLAH yang tidak boleh dipermainkan baik sewaktu pembinaannya atau sewaktu pengimarahannya?
Masjid rumah ALLAH yang sepatutnya diterima amanah menjaga dan mengimarahkannya oleh semua orang Islam termasuk orang UMNO. Ini bermakna bermula dengan pembinaannya lagi, semuanya mesti dilakukan dengan betul.Tidak diselewengkan di mana mana bahagian dan tidak waras untuk mendakwa UMNOlah yang membina masjid.Tidak waras kerana siapa UMNO nak dakwa membina rumah ALLAH?
Itu satu hal, satu hal lagi ialah dana yang digunakan bukan dana UMNO tetapi dana rakyat termasuk dana rakyat yang bukan Islam. Dasar muka tidak malu betul, orang-orang yang bebal untuk mendakwa UMNOlah yang membina Masjid. Cuba perhatikan masjid yang dibina di bawah slogan "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN'. Umumnya dana yang digunakan itu termasuk duit rakyat bukan Islam dan ini bermakna bahawa masjid yang dibina itu turut dimiliki bersama oleh orang orang bukan Islam dan siapa UMNO untuk membantah kehadiran mereka di masjid?
UMNO yang memulakan keadah perkongsian masjid ini tetapi kenapa mereka juga menghalang orang bukan Islam masuk masjid. Namun kes MP serdang melibatkan surau yang mungkin tidak dibiayai UMNO, jadi lagi tiada hak mereka membantah kehadiran MP Serdang di surau tersebut.
Apa yang cuba diberitahu oleh penulis ialah hak orang bukan Islam terhadap masjid. Orang bukan Islam tidak ada hak atas mana mana masjid tetapi dengan cara UMNO membina dan mengendalikan masjid, orang bukan Islam diberi hak yang sama dengan orang Islam atas dasar pemilikannya. UMNO sudah tidak mahu mendengar nasihat orang alim walaupun ada pihak mengatakan mereka jahil berkaitan pembinaan masjid ini. Kata orang alim, masjid perlu dibina secara bergotong royong dan secara infad orang Islam, bukanya secara diberi tender kepada kontraktor tertentu dengan dana rakyat.
Contoh pembinaan ini ditunjukan di Bujal tetapi masjid Bujal yang dibina dengan konsep tolong menolong tanpa melibatkan sesenpun duit kerajaan (atau rakyat) dirobohkan oleh UMNO dengan memberi alasan bahawa yang dirobohkan iti bukan masjid tetapi markaz PAS. Keangkuhan UMNO yang enggan mengiktiraf kerajaan sah PAS di Terengganu tahun 1999-2004.
Kata orang alim lagi, masjid yang dibina secara wakaf individu tertentu juga perlu dipelihara, tetapi UMNO dengan rakus dan dengan dana rakyat telah sewenang-wenangnya merobohkan masjid wakaf dan dengan sombongnya mahu mengambil masjid wakaf untuk dibina semula masjid baru dengan dana rakyat di tapak wakaf tersebut. Akibatnya tercemarkan kesucian Islam yang dicemarkan oleh UMNO bukan oleh khutbah politik.
Di samping itu berjuta wang rakyat (termasuk wang bukan Islam) dibazirkan dalam pembinaan masjid ini. Boleh dilihat bagaimana banyaknya wang rakyat hilang di Masjid Raja Bukit Besar Kuala Terengganu, bumbung masjid runtuh di Kampung Batu Putih, Kemaman dan banyak lagi kerja kerja menipu kontraktor dikesan di Masjid Pengkalan Pandan, Kemaman. Ini semua pembaziran wang rakyat yang tidak sepatutnya berlaku dan dikaitkan dengan pembinaan masjid, rumah ALLAH.
UMNO yang jahil dan tidak mahu mendengar kata orang alim sudah merobohkan beberapa masjid wakaf yang dikesan di Bukti Besar, Cendering, Kampung Ibok dan kemungkinan akan berlaku lagi di Kuala Kemaman. UMNO juga pernah beriya-iya untuk mengambil alih masjid wakaf di Pasir Minai sehingga sanggup berbelanja sehingga berjuta juta ringgit wang rakyat untuk tujuan itu.
UMNO yang jahil juga tidak mahu belajar dari TGNA dan bagaimana kelantan menguruskan pembinaan masjid tanpa melibatkan dana rakyat. Tetapi UMNO memperlekehkan pula usaha TGNA dan kerajaan Kelantan dengan berbagai bagai fitnah dan mahu menunjukkan seolah hanya mereka sahajalah pandai membina masjid sedangkan mereka menggunakan wang rakyat seperti yang mereka belanjakan untuk menyiapkan masjid di Putra Jaya yang kemudiannya dinamakan dengan nama Tengku Mizan.
UMNO tidak sedar bahawa mereka menguruskan rumah ALLAH sehingga tanpa mereka sedar, tidak seorangpun pemimpin mereka dari bawah sehingga ke atas(kalau adapun cumalah JKKK) yang istiqamah mengimarahkan masjid yang mereka bina. UMNO juga tanpa mereka sedari turut mencemari Ramadhan dengan seribu satu kebathilan yang dibawa mereka sepanjang Ramadhan ini.
Malang bagi UMNO dan orang-orang yang masih bersama mereka kerana secara jelas mereka sudah menjadi kaki "cemar" masjid dan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Kepada pencacai yang mahu menjadi cerdik sedikit dan "manusia berotak UMNO" yang masih bimbang dengan bangsa lain menindas melayu, cuba jawab soalan ini:
SIAPA YANG BINA MASJID, UMNO ATAU SIAPA?
No comments:
Post a Comment